Restoran makin maju, menu makin dapat sambutan, krew pun perlu dibesarkan… Pernah tak terfikir macam mana nak tambah baik keadaan belakang tabir restoran agar lebih teratur dan efisien?
Pelajari proses-proses yang termasuk dalam bahagian belakang tabir restoran dan bagaimana anda boleh menggunakan perisian pengurusan restoran untuk memudahkan proses-proses tersebut.
Bahagian belakang tabir restoran merangkumi dapur, kawasan pekerja, tandas, dan pejabat pentadbiran. Kawasan-kawasan ini sama pentingnya dengan bahagian hadapan restoran dan setiap proses perlu berfungsi dengan lancar untuk menegalakkan keadaan yang kelam kabut.
Penyediaan Makanan
Dapur adalah tempat di mana semua keajaiban berlaku. Para chef memastikan setiap hidangan enak dan memikat selera pelanggan. Untuk tujuan ini, segala-galanya perlu sempurna. Para chef tidak sepatutnya kehabisan stok dan kebersihan yang betul mesti dijaga sepanjang masa.
Pengurusan Inventori
Mengawasi inventori secara manual boleh menjadi tugas yang sukar, tetapi dengan perisian pengurusan restoran, ia menjadi lebih mudah. Amaran akan dihantar kepada orang yang bertanggungjawab sebaik sahaja bahan-bahan jatuh di bawah tahap tertentu. Para chef juga boleh memantau tahap bahan-bahan secara berkala untuk memahami bahan-bahan mana yang mempunyai permintaan tinggi dan menyediakan hidangan dengan sewajarnya.
Pengurusan Resipi
Satu lagi manfaat perisian pengurusan restoran ialah ia secara automatik melaraskan tahap bahan-bahan dalam inventori sebaik sahaja ia digunakan. Ini membantu mengekalkan konsistensi dalam resipi supaya pelanggan mendapat rasa yang sama setiap kali mereka memesan hidangan yang sama.
Pengurusan Krew Restoran
Memastikan motivasi krew restoran terus bersemangat boleh menjadi rumit tetapi di sinilah perisian pengurusan restoran sangat berguna. Pantau kehadiran pekerja anda untuk mengetahui siapa yang bekerja lebih keras dan perhatikan pekerja yang mempunyai akses ke kaunter juruwang atau sistem POS. Ini membantu mengurangkan konflik berkaitan akses.
Pengurusan Pesanan
Jika anda mempunyai bahagian berasingan untuk penyediaan pelbagai jenis bahan termasuk makanan, minuman, dan pencuci mulut, dan setiap pelanggan memesan hidangan dari setiap bahagian, permudahkan proses anda dengan sistem pengurusan pesanan yang lebih sistematik. Segera hantarkan pesanan ke sistem paparan dapur yang membantu chef menyediakan pesanan dengan sewajarnya. Ini menjimatkan banyak masa dan mengelakkan kekeliruan serta memastikan komunikasi yang berkesan antara kakitangan hadapan dan belakang tabir.
Data dan Analitik
Analisis yang mendalam berkaitan data pelanggan dapat membantu memperbaiki operasi perniagaan. Dapatkan laporan terperinci tentang waktu-waktu di mana pelanggan anda nak repeat makan di restoran anda dan waktu-waktu kurang sambutan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengetahui maklumat penting berkaitan pesanan seperti jumlah pesanan yang selesai atau dibatalkan, kaedah pembayaran yang digunakan, dan pesanan yang paling popular. Ini akan membantu anda mengenal pasti permintaan dan anda boleh bersedia dengan kecairan tunai. Butiran ini akan dipaparkan dalam laporan harian restoran.
This blog has taught you about the back of the house of a restaurant and what processes come under it. Processes like food preparation, inventory management, recipe management, staff management, and monitoring data. You have also learned how restaurant management software can help you in making these processes easier. Get yourself a restaurant management software today and see the magic unfold. Cheers! To the profits.