Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak hari itu, tarikh ini membawa makna yang sangat besar dalam kehidupan semua rakyat Malaysia. Mengapa tidak jadikan restoran anda destinasi pilihan untuk sambutan Hari Merdeka? Bukankah lebih bermakna jika pelanggan merasakan restoran anda sebagai tempat mesra dan istimewa untuk mereka merayakan hari penuh bersejarah ini? Gunakan peluang ini untuk menarik pelanggan yang mempunyai semangat patriotik. Dalam blog ini, kami akan bincangkan bagaimana anda boleh mempromosikan restoran anda semasa Hari Merdeka dengan menggunakan 2 restoran sebagai contoh yang berjaya meningkatkan jualan mereka sempena musim perayaan ini.
Kenapa Hari Merdeka Penting untuk Restoran Anda?
Sempena hari istimewa ini, ramai dipenuhi dengan semangat patriotik, dan bagi sesetengah orang, ia merupakan hari untuk bercuti! Ya betul, inilah peluang yang harus anda gunakan untuk menaiki jualan anda!
Menurut kajian oleh HubSpot, 80% pelanggan lebih cenderung untuk kembali ke restoran yang menawarkan promosi waktu hari perayaan seperti promosi Hari Merdeka. Promosi ini dapat membantu anda membina kesetiaan pelanggan dan menarikkan mereka untuk datang lagi.
Tidak kira sama ada diskaun untuk makanan atau minuman, menu khas Hari Merdeka, atau acara bertema, banyak cara anda boleh meraikan hari ini bersama pelanggan.
1. Tawarkan Promosi Khas Hari Merdeka
Anda boleh mengadakan promosi Hari Merdeka seperti, Kupon diskaun ‘Beli 1 percuma 1’, ‘Diskaun rata %’, dan sebagainya. Ini boleh mempengaruhi pelanggan untuk membeli lebih banyak. Langkah ini boleh mendorong pelanggan memilih restoran anda berbanding pesaing. Ramai jenama F&B sudah melakukanya. Mengapa anda tidak lagi?
Contoh 1: Nando’s Malaysia
Pada tahun 2023, Nando’s Malaysia memperkenalkan kupon diskaun di mana mereka menawarkan seekor ayam percuma bernilai RM63.90 dengan pembelian minimum RM100. Tawaran ini hanya sah untuk pelanggan yang makan di restoran. Menurut kajian Nielsen, 60% rakyat Malaysia suka makan di luar pada Hari Merdeka dan 40% daripadanya tertarik dengan promosi Hari Merdeka. Anda boleh meningkatkan jualan restoran sehingga 30% dengan mengadakan tawaran istimewa pada waktu ini.
2. Cipta Menu Khas Hari Merdeka
Selain itu, satu cara lain untuk mempromosikan restoran anda adalah dengan memperkenalkan menu unik. Ramai restoran menawarkan hidangan khas sempena sambutan ini. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama di restoran anda.
Anda boleh menyerlahkan hidangan tradisional Malaysia dalam menu bagi meraikan kekayaan warisan budaya negara. Anda juga boleh menyediakan hidangan menggunakan bahan-bahan tempatan (Ingat, jangan campur sayur dari negara lain :P). Berikan cabaran ini kepada chef anda dan uji kemahiran kulinari mereka.
Contoh 2: Madam Kwan’s – Menu Khas Hari Merdeka
Pada tahun 2023, Madam Kwan’s melancarkan “dessert” khas sempena Hari Merdeka yang dipanggil Snowy Teh Tarik, ini diinspirasikan daripada teh tarik ais. Menu unik ini bukan sahaja menyerlahkan kekayaan warisan budaya tempatan, malah menerima pujian yang besar daripada pelanggan di media sosial.
Kajian oleh Statista mendapati 70% rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk mencari promosi dan tawaran istimewa semasa musim perayaan. Mempromosikan tawaran Hari Merdeka di media sosial boleh membantu anda mencapai lebih ramai pelanggan.
3. Anjurkan Acara Hari Merdeka
Menganjurkan acara Hari Merdeka di restoran anda adalah cara yang baik untuk menarik pelanggan dan mencipta suasana meriah. Sebagai contoh, Anda boleh menayangkan siaran langsung Perarakan Hari Merdeka di restoran sambil menawarkan sarapan yang lazat kepada pelanggan.
Pada waktu petang pula, anda boleh menganjurkan persembahan muzik yang pertunjukan kebudayaan, atau kuiz bertema Hari Merdeka. Acara sebegini boleh menarik pelanggan yang ingin meraikan Hari Kemerdekaan bersama orang tersayang sambil menikmati hiburan.
Tip untuk Mempromosikan Tawaran Hari Merdeka
Berikut adalah beberapa tip untuk mempromosikan promosi Hari Merdeka anda dengan berkesan:
- Guna Media Sosial: Promosikan tawaran di platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok. Gunakan “Hashtags” seperti #MerdekaDay, #MalaysiaIndependenceDay, dan #CelebrateMalaysia untuk mencapai audiens yang lebih luas.
- Bekerjasama dengan “Local Influencers”: Bekerjasama dengan local influencers untuk mempromosikan tawaran istimewa kepada “followers” mereka. Ini boleh membantu anda menarik lebih ramai pelanggan.
- Tawarkan Promosi Tempahan Awal: Galakkan pelanggan membuat tempahan atau pesanan lebih awal dengan memberi kupon diskaun khas. Ini boleh membantu mengurus stok dan mengurangkan pembaziran.
- Cipta Rasa Mendesak: Gunakan frasa seperti “Tawaran Terhad” atau “Hanya Sah pada Hari Merdeka” supaya mereka bertindak segera dan tidak melepaskan peluang.
- Berinteraksi dengan Pelanggan: Luangkan masa untuk membalas pertanyaan di media sosial. Interaksi dengan pelanggan boleh membina hubungan positif dan menggalakkan mereka datang lagi.
Anda pasti sudah faham bagaimana untuk mengekalkan semangat perayaan di restoran anda sekarang! Inilah masanya untuk bertindak dan menjadikan pengalaman pelanggan lebih patriotik. Langkah pertama, berikan tawaran istimewa yang sukar ditolak, Dengan EasyEat, anda boleh mencipta sehingga 7 jenis kupon diskaun berbeza. Langkah kedua, perkenalkan menu khas seperti yang telah dikongsi dalam contoh restoran tadi. Akhir sekali, anjurkan acara bertema Merdeka bagi mencipta suasana penuh kemeriahan. Gunakan idea-idea ini di restoran anda untuk memastikan semangat Merdeka terus hidup dan dekat di hati pelanggan!