Pembaziran makanan di Malaysia semakin membimbangkan. Menurut laporan Pusat Kajian Sisa Pepejal Malaysia, lebih 17,000 tan makanan dibuang setiap hari, dan sebahagiannya datang daripada restoran. Salah satu punca utama ialah kegagalan mengurus stok dengan baik. Tanpa pengurusan inventori yang teratur, restoran anda mudah berhadapan dengan masalah kekurangan bahan, pembaziran akibat lebihan stok, dan kos operasi yang semakin meningkat. Inilah sebabnya anda perlukan sistem POS restoran seperti EasyEat POS untuk kawal inventori dengan lebih cekap.
Status Inventori
Tanpa POS sistem, anda berisiko kehabisan bahan penting pada waktu sibuk atau menyimpan lebihan stok yang akhirnya akan dibuang. Situasi ini menyumbang kepada pembaziran makanan di Malaysia dan merugikan perniagaan.
Dengan EasyEat POS, anda boleh memantau stok secara masa nyata, mengetahui apa yang tersedia, hampir habis, atau sudah tiada. Ini membantu anda mengelakkan masalah kekurangan dan lebihan stok.
Senarai Bahan
Dapur yang tidak teratur mudah menyebabkan pembaziran makanan. Tanpa pengurusan inventori yang baik, anda mungkin membeli bahan berulang kali kerana tidak tahu stok sebenar. Dengan EasyEat POS, anda dapat melihat senarai lengkap semua bahan, memastikan dapur sentiasa teratur dan stok mencukupi.

Pesanan & Pulangan
Mengurus pembekal secara manual mudah berlaku silap. Maklumat seperti tarikh penghantaran, jumlah bayaran, dan status pesanan boleh bercampur.
Sistem POS EasyEat memudahkan anda rekod maklumat pembekal, pantau status pesanan, dan kekalkan hubungan baik dengan pembekal.
Kemas Kini Stok
Kiraan stok secara manual bukan sahaja memakan masa, malah mudah terdedah kepada kesilapan yang menyebabkan ketidakpadanan antara stok sebenar dan rekod. Dengan EasyEat POS, anda boleh membandingkan stok semasa dengan rekod inventori dan mengemas kini secara automatik. Hasilnya, pembelian menjadi lebih bijak dan pembaziran makanan dapat diminimumkan.
Pindahan Stok
Bagi restoran dengan banyak cawangan, pindahan stok antara lokasi boleh jadi cabaran. Kekurangan bahan di satu tempat boleh jejaskan servis.
EasyEat POS memudahkan pemindahan stok antara cawangan, memastikan operasi sentiasa berjalan lancar.
Pengurusan Resipi
Konsistensi ialah kunci kepuasan pelanggan. Tanpa sistem POS, sukar untuk pantau penggunaan bahan dalam setiap resipi.
Dengan EasyEat POS, bahan akan ditolak secara automatik setiap kali resipi digunakan. Ini pastikan rasa dan kualiti kekal sama di semua cawangan.
Kesimpulan
Sebahagian besar pembaziran makanan di Malaysia berpunca daripada inventori yang tidak diurus dengan baik. Stok yang tidak seimbang dan dapur yang tidak teratur memberi kesan besar kepada operasi.
Dengan EasyEat POS, anda dapat sistem POS restoran yang lengkap untuk pengurusan inventori restoran, daripada status stok, senarai bahan, pesanan, kemas kini stok, pindahan bahan hingga resipi.
Urus inventori dengan lebih bijak, kurangkan pembaziran, dan tingkatkan keuntungan.